Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes harta sepencarian Jamaludin belum capai muktamad

A
A
A
BERITA SEMASA 3 MEI 2023

Usaha mencapai status penyelesaian berhubung harta sepencarian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang dianggarkan melebihi RM2 bilion masih belum capai kata putus, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Mahkamah Tinggi Syarie Kuala Lumpur hari ini menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan bagi semua pihak mengemukakan hujahan.

Hujahan tersebut sama ada kesemuanya bersetuju dengan penyelesaian atau perlu dibicarakan dengan tuntutan.

Sebelum ini, balu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, Puan Sri Dr Kalsom Ismail memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap empat anaknya dan ibu mentuanya.

Video berkaitan: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1361808544664568/

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian