Kapal tangki terbakar: Tiga hilang, 25 kru selamat

Anggota maritim menyelamatkan salah seorang daripada dua kru kapal dari Afrika pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut di Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi pada Isnin.
Anggota maritim menyelamatkan salah seorang daripada dua kru kapal dari Afrika pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut di Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi pada Isnin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tiga hilang manakala 25 kru lagi selamat selepas sebuah kapal tangki asing terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut di Tanjung Sedili dekat sini pada Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian itu pada jam 4 petang.

"Kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika itu dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal.

"Susulan itu sebuah bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 23 kru lagi berjaya diselamatkan oleh dua kapal berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, baki tiga lagi kru dilaporkan masih hilang dan identiti mereka sedang dikenal pasti manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!