PLS Plantation tandatangan HoA dengan syarikat China

Dr Mahathir (belakang, lima dari kanan) menyaksikan perjanjian bagi meningkatkan kemasukan produk durian ke China.
Dr Mahathir (belakang, lima dari kanan) menyaksikan perjanjian bagi meningkatkan kemasukan produk durian ke China.
A
A
A

BEIJING - Bersempena dengan Belt and Road Initiative, PLS Plantation Berhad mengambil pendekatan untuk mempromosikan durian Malaysia ke China dengan mengadakan Malaysia Durian Festival 2019 di Beijing, China selama dua hari bermula hari ini.

Sepanjang program berlangsung, PLS Plantation telah memeterai perjanjian induk dengan Shanghai Greenland Group dan ZTE Corporation dari negara itu serta Felda dan FGV Holdings Berhad.

Ia adalah sebahagian daripada pelan PLS Plantations bagi meningkatkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China dalam perdagangan durian.

Kenny Wan (kiri) memberi taklimat tentang sistem pertanian pintar untuk pengurusan perladangan yang efisien kepada Tun Mahathir (dua dari kanan).
Kenny Wan (kiri) memberi taklimat tentang sistem pertanian pintar untuk pengurusan perladangan yang efisien kepada Tun Mahathir (dua dari kanan).

Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamer Azmin Ali; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada Mac 2019, PLS Plantation menandatangani perjanjian rakan strategik dengan Greenland yang melibatkan pembangunan ekonomi bagi import, jualan dan pemasaran produk durian.

Tun Mahathir (tengah) berkesempatan merasa durian hasil daripada sistem pertanian pintar.
Tun Mahathir (tengah) berkesempatan merasa durian hasil daripada sistem pertanian pintar.

Sejak itu, hasil kerjasama itu dilihat telah berjaya mengimport produk durian yang popular seperti D197 Musang King dan D24 Sultan King sejuk beku.

Artikel Berkaitan:

Pihaknya juga yakin durian dari Malaysia akan menjadi permintaan dan diedarkan ke pelbagai bandar di China.

Selain itu, PLS juga menyatakan dengan kerjasama keempat-empat pihak itu, pembangunan pertanian di Malaysia akan terus maju dan menyumbang kepada keseluruhan ekonomi negara serta memberi manfaat kepada rakyat bagi jangka masa panjang.

Mengikut data perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, eksport durian ke China telah meningkat dengan purata 35 peratus setiap tahun dan dianggarkan bernilai AS$1.1 bilion pada 2017 yang jauh lebih tinggi daripada AS$243 juta sepuluh tahun yang lalu.