United buru khidmat Kane

Kane
Kane
A
A
A

ERIK ten Hag tanpa berselindung mengakui bahawa Manchester United memerlukan penyerang baharu pada jendela perpindahan akan datang selepas penyokong menyanyikan nama Harry Kane semasa perlawanan menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Kapten England itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke United dan The Red Devils dijangka melakukan rundingan dengan Spurs.

"Saya rasa semua orang tahu, bukan satu rahsia bahawa kami dalam jangka panjang dan sepanjang musim mempunyai kekurangan pemain nombor sembilan.

"Kita kehilangan (Cristiano) Ronaldo, kemudian Anthony Martial dibelenggu kecederaan, Jadon Sancho juga sering tidak dapat beraksi, dan kita juga kekurangan pemain barisan hadapan.

"Dengan kekurangan pemain, kami perlu melakukan kerja keras dalam perlawanan. Pastinya di barisan hadapan kami memerlukan pemain yang memperkuatkan skuad.

"Anda boleh melakukannya dalam pelbagai cara. Nombor sembilan biasa, (atau) Rashford juga boleh bermain dengan sangat baik sebagai nombor sembilan.

"Jadi kami mempunyai pemain yang boleh memainkan peranan itu, tetapi pastinya kami memerlukan beberapa pemain serangan yang benar-benar memberikan impak dan kualiti meningkatkan kemampuan di jentera serangan," katanya.