Sila log masuk terlebih dahulu.

Cuaca panas: Tangguh semua aktiviti luar bilik darjah

28 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 APRIL 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bagi kawasan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid perlu dihentikan.

KPM turut mengingatkan jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan semua institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca di luar jangkaan.

Menurut kementerian itu, JPN, PPD dan semua institusi di bawah KPM turut diingatkan agar memantau aktiviti yang mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

Pihak terlibat juga perlu menasihati dan menggalakkan murid untuk mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai bagi mengawal suhu badan.

Menurut KPM, semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan selain peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

Artikel: https://bit.ly/44coKdO

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian