MPK tawar pengurangan kompaun serendah RM15

MPK menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kenderaan bermula 1 Mei ini.
MPK menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kenderaan bermula 1 Mei ini.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kenderaan serendah RM15 selama sebulan bermula 1 Mei.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz memaklumkan tawaran itu dibuat bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan tunggakan kompaun sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Ini termasuk pendakwaan mahkamah, namun tawaran pengurangan kompaun ini tertakluk kepada jenis kesalahan.

“Kesalahan yang tidak mendapat pengurangan ialah meletak kenderaan di petak khas, petak orang kurang upaya (OKU) dan menghalang tempat atau petak kenderaan lain,” kata Norfiza.

Beliau turut memaklumkan orang ramai boleh membuat semakan kompaun di laman sesawang MPK di pautan ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun dan aplikasi Smart Parking MPKlang.

Menurutnya, bayaran boleh dibuat melalui JomPay dan mesin i-Kios di ibu pejabat MPK, pejabat-pejabat cawangan MPK dan ruang legar GM Klang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-3375 8037, 8038 atau 8039 (pada waktu pejabat).