Tun M puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju

Dr Mahathir memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.- Gambar Twitter @chedetofficial
Dr Mahathir memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.- Gambar Twitter @chedetofficial
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.

Menerusi ciapan di Twitter beliau, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.

Menurutnya, kakitangan MRT juga turut bersama mereka sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.

Tambah Dr Mahathir, beliau seolah-olah berada di negara maju selepas perjalanannya baik, kemudahan juga tersedia, stesen besar dan dilengkapi lif serta eskalator.

Tegasnya, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.

“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” tulis beliau. - Awani