Ajax berisiko cicir slot Liga Juara-Juara

Tadic
Tadic
A
A
A

AJAX Amsterdam berisiko menamatkan saingan di luar kelompok dua teratas liga Belanda buat kali pertama dalam 13 musim sekali gus kehilangan slot Liga Juara-Juara musim depan ketika bekas jagoan Eropah itu bergelut untuk membina pasukan baharu berikutan rekod jualan tahun lalu.

Kelab itu telah menamatkan saingan juara tujuh kali dan naib juara lima lagi dalam tempoh 12 musim terakhir, sejak menduduki tempat ketiga di belakang AZ Alkmaar dan Twente Enschede pada 2009.

Bagaimanapun, selepas kekalahan 0-3 kepada PSV Eindhoven pada Ahad, menyaksikan kelab itu jatuh ke tangga ketiga dengan baki empat perlawanan liga.

Situasi boleh menjadi lebih kritikal apabila kerana pertembungan liga seterusnya berdepan AZ Alkmaar di Stadium Johan Cruijff Arena pada 7 Mei, yang ketinggalan dua mata di belakang mereka di tempat keempat.

Ajax, yang bertemu PSV sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala Belanda pada Isnin ini, terpaksa membayar harga untuk kejayaan sepanjang tiga musim memenangi kejuaraan dan perjalanan ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019, menjual sebahagian besar bakat termasuk pengendali Erik ten Hag kepada Manchester United.

Kini seteru tertangga Feyenoord yang berada di landasan untuk memenangi liga, memerlukan lima mata daripada empat perlawanan terakhir.

Feyenoord mempunyai 73 mata dengan PSV kedua dengan 65 dan Ajax dengan 62, berdepan perlu bermain dalam Liga Europa musim depan selepas 13 musim berturut-turut bersaing dalam Liga Juara-Juara.

Anak buah John Heitinga yang merupakan juara Eropah empat kali, membuat perpindahan sebanyak 216.2 juta euro pada musim penutup, termasuk hampir 155 juta Euro sahaja dari Manchester United untuk pemain Brazil Antony dan pemain pertahanan Lisandro Martinez.

Namun di sebalik baki kewangan yang positif, kelab itu dalam peralihan bergelut menggantikan bakat yang telah meninggalkan Amsterdam.

Kapten Ajax, Dusan Tadic berkata, dia telah menyedari penurunan dalam tahap latihan setiap hari dan dalam perlawanan mingguan.

"Kami memenangi satu perlawanan teratas sepanjang musim.

"Namun kami memerlukan lebih banyak kualiti dalam skuad untuk mencabar sebarang kejuaraan," merujuk kepada kejayaan separuh akhir Piala Belanda di Feyenoord bulan ini.

Ajax sebelum ini diaibkan 1- 6 Napoli di tempat sendiri dan 0-3 Liverpool dalam Liga Juara-Juara diikuti pada Januari memecat pengendali Alfred Schreuder selepas hanya setengah musim mengendalikan rentetan tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Heitinga bertindak sebagai penjaga untuk sepanjang musim ini berkata, ia merupakan musim yang sukar.

“Ia adalah musim yang sukar dan kita semua menyedarinya “Kami harus realistik, banyak kualiti telah hilang dan pasukan yang benar-benar baharu perlu dibentuk.

"Itu mengambil masa. Kami perlu mengambil tahun ini sebagaimana adanya, namun melihat dengan sangat kritikal pada musim depan. Ia adalah tahun jurang, tetapi kami tidak boleh mempunyai terlalu banyak tahun jurang di Ajax,” katanya.