Seekor lagi cheetah mati di Taman Negara Kuno di India

Punca sebenar kematian cheetah jantan berusia enam tahun itu masih belum dapat dipastikan. - Gambar hiasan
Punca sebenar kematian cheetah jantan berusia enam tahun itu masih belum dapat dipastikan. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Dalam tempoh kurang sebulan, seekor lagi cheetah mati di Taman Negara Kuno di Madhya Pradesh, India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Isnin.

Punca sebenar kematian cheetah jantan berusia enam tahun itu masih belum dapat dipastikan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan hutan Madhya Pradesh, haiwan itu mati pada petang Ahad.

Cheetah itu dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba dan telah diberikan rawatan.

"Punca sebenar kematian akan dapat dipastikan selepas bedah siasat dijalankan," kata seorang pegawai kanan perhutanan.

Cheetah itu adalah antara 12 cheetah yang dibawa dari Afrika Selatan pada Februari tahun ini.

Pada 27 Mac lalu, seekor cheetah betina mati akibat penyakit buah pinggang.

Setakat ini terdapat 20 ekor cheetah yang dibawa ke India,18 daripadanya masih hidup. - Bernama