Keluarga diraja Britain kongsi gambar baharu Putera Louis

Gambar itu memperlihat Putera Louis tersenyum duduk di atas kereta sorong. - Foto Reuters
Gambar itu memperlihat Putera Louis tersenyum duduk di atas kereta sorong. - Foto Reuters
A
A
A

LONDON - Keluarga diraja Britain berkongsi gambar rasmi baharu Putera Louis pada Ahad, sempena hari lahirnya yang kelima.

Gambar itu dikongsi kedua ibu bapanya iaitu pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales, Putera William dan Kate Middleton.

Gambar itu memperlihat Putera Louis tersenyum duduk di atas kereta sorong.

Kelibat Kate Middleton turut kelihatan dalam gambar itu.

Louis, yang merupakan pewaris kelima takhta Britain, dilahirkan pada 23 April 2018 dengan berat 3.83 kilogram. - Awani