‘Raya Serba Baharu’ ubah kemeriahan PPR Laksamana

Alex Goh memegang replika cek (kanan) bergambar bersama semua pihak yang terlibat dalam
acara dijalankan dan penggambaran filem web viral ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’.
Alex Goh memegang replika cek (kanan) bergambar bersama semua pihak yang terlibat dalam acara dijalankan dan penggambaran filem web viral ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Filem web bertajuk ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’ ternyata mengubah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri buat penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel dekat sini.

Malah PPR yang didiami lebih 300 penduduk itu telah menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana filem web terbaru yang dihasilkan peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, MR D.I.Y. itu viral di media sosial.

Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk PPR yang turut mengambil bahagian dalam penggambaran filem web itu, MR D.I.Y. menyalurkan sumbangan kepada mereka dengan dibantu sukarelawan MR D.I.Y. Cares.

Sukarelawan terbabit membantu mengedarkan beg hadiah berisi barangan keperluan rumah dan bubur lambuk kepada penduduk, serta baucar tunai untuk membeli-belah saat akhir bagi persiapan Hari Raya.

Mengulas tentang inisiatif ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, inisiatif 'Raya Serba Baharu' ini telah menjadi pengalaman yang istimewa bagi kami semua warga kerja di MR D.I.Y.

"Ia bukan sahaja memberi kami peluang untuk berkongsi mesej penting tentang memberi dan berkongsi semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga menghasilkan impak yang bermakna kepada masyarakat di PPR Laksamana.

"Ini sememangnya penting dalam matlamat kami untuk menambah nilai dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti PPR atas penglibatan aktif mereka dalam projek ini," katanya.

Sebuah dari dua rumah yang didekorasikan dengan barangan daripada MR D.I.Y untuk filem web tersebut.
Sebuah dari dua rumah yang didekorasikan dengan barangan daripada MR D.I.Y untuk filem web tersebut.

Dalam acara itu pihak MR D.I.Y turut menampilkan tayangan khas filem web 'Raya Serba Baharu-Barulah Raya' dengan kehadiran selebriti, Wani Kayrie.

Filem web bertajuk ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’ itu dirakam di PPR tersebut dan dibintangi oleh dua selebriti, Ara Johari dan Wani Kayrie.

Mereka bersaing dalam cabaran menghias rumah di PPR itu. Filem web selama empat minit tersebut menyaksikan setiap seorang daripada mereka menghias sebuah rumah di PPR, dan rumah yang paling banyak mendapat ‘like’ di media sosial menjadi pemenang dalam pertandingan itu.

Rumah-rumah tersebut milik seorang ibu tunggal tujuh anak dan sebuah keluarga kurang upaya.

Filem yang menyentuh perasaan itu berakhir dengan pengajaran berguna tentang kepentingan mengingati untuk menyumbang dan membantu kepada mereka yang memerlukan pada musim perayaan.

Filem web ini telah mendapat lebih dua juta tontonan di platform media sosial MR D.I.Y. dalam masa dua hari selepas dilancarkan.

Filem web ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’ ternyata berjaya mengubah kediaman ini menjadi lebih ceria.
Filem web ‘Raya Serba Baharu-Barulah Raya’ ternyata berjaya mengubah kediaman ini menjadi lebih ceria.

Sementara itu, Presiden Surau PPR Laksamana, Abdul Halim Abdul Aziz berkata, kebanyakan penduduk adalah dari keluarga pendapatan rendah dan sumbangan daripada MR D.I.Y. amatlah kami hargai.

"Terima kasih MR D.I.Y. kerana memilih PPR Laksamana untuk menjayakan filem web ini dan pada masa yang sama memberi nafas baharu kepada dua buah rumah milik penghuni-penghuni kami yang istimewa. Terima kasih MR D.I.Y," katanya.

Filem web yang menyentuh hati 'Raya Serba Baharu' ini boleh di platform rasmi MR D.I.Y. di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., lawati laman webnya, mrdiy.com, platform e-dagangnya, mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya, Facebook, Instagram, dan TikTok.