Polis mohon bantuan kesan Gayathri

Gayathri dilaporkan hilang sejak 10 April lalu.
Gayathri dilaporkan hilang sejak 10 April lalu.
A
A
A

IPOH - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 April lalu.

Remaja dikenali sebagai Gayathri yang beralamat di Jalan Pasir Puteh itu disedari hilang oleh bapanya sekitar jam 7 pagi.

Pencarian dilakukan keluarga remaja itu, namun dia tidak pulang ke rumah hingga kini serta talian telefonnya juga tidak diaktifkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kehilangan remaja itu diterima di Balai Polis Pasir Puteh pada 11 April lalu.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.