37 keluarga diarahkan berpindah, pangsapuri retak

Anggota penguat kuasa datang memantau keadaan di Pangsapuri Taman Keramat Permai.
Anggota penguat kuasa datang memantau keadaan di Pangsapuri Taman Keramat Permai.
A
A
A

AMPANG - Seramai 37 keluarga telah diarahkan berpindah susulan kejadian keretakan di Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihak Unit Bencana Selangor telah menerima aduan kira-kira jam 12.42 tengahari memaklumkan bahawa telah berlaku keretakan di bangunan itu.

"Proses pemindahan akan dilaksanakan dan bangunan tersebut akan dikosongkan sehingga siasatan selesai.

"Seramai 37 keluarga iaitu 220 penduduk akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsann Keramat Permai.

"Saya telah meminta agar semua agensi kerajaan negeri membantu dalam proses pemindahan dan memastikan keselamat penduduk terjamin," katanya melalui laman sosialnya.

Kesan keretakan di Pangsapuri Taman Keramat Permai.
Kesan keretakan di Pangsapuri Taman Keramat Permai.

Artikel Berkaitan: