Jangan pening-pening nak cari rumah, duduk saja kat sini

A
A
A

No Image Caption

Kebiasaannya orang bercakap tentang trend kereta EV, gajet dan beg tangan terkini, tetapi ‘duduk’ juga kian menjadi bualan ramai – duduk memperkenalkan kediaman bertingkat yang bakal HIDUPKAN IMPIAN pemuda, MUDAHKAN GAYA HIDUP dengan harga yang CONFIRM MAMPU tanpa menjejaskan kualiti hidup.

duduk oleh EcoWorld dilancarkan pada tahun 2020, dengan sambutan yang menggalakkan semasa pelancarannya di Huni D' Eco Ardence dan Se.Ruang D' Eco Sanctuary, duduk oleh EcoWorld kini berkembang ke lokasi utama dan strategik di tiga perbandaran tambahan iaitu Sa.Young D’ Eco Botanic, Santai D’ Eco Spring, Riang D’ Eco Majestic, dan Hana D’ Eco Ardence.

EcoWorld membangunkan setiap perbandaran mereka di lokasi strategik supaya memudahkan penduduk untuk mengakses lebuhraya serta kawasan komersial yang lengkap dengan pasaraya, klinik, kedai serbaneka, sekolah, dan lain-lain. Walaupun lengkap dengan kemudahan menyeluruh dan memiliki persekitaran menakjubkan, setiap projek duduk masih dijual pada harga yang berpatutan tanpa mengorbankan kualiti hidup.

Susun atur ruang setiap pembangunan bertingkat duduk by EcoWorld mencukupi untuk seisi keluarga dan sesuai untuk semua peringkat usia, sama ada golongan profesional, pasangan baharu berkahwin, mahupun mereka yang sudah bersara.

Setiap pembangunan duduk oleh EcoWorld akan dilengkapi dengan keluasan purata 1,000* kaki persegi dan reka bentuk 3 bilik tidur, 2 bilik air dengan separa berperabot*. Setiap unit juga dilengkapi dengan dua tempat letak kereta. Selain itu, duduk juga menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan keselamatan 24 jam untuk memastikan keselamatan anda sekeluarga di rumah impian anda.

Sa.Young D’ Eco Botanic

No Image Caption

Sa.Young D’ Eco Botanic yang terletak di Iskandar Puteri, dibina di kawasan strategik dan menakjubkan untuk penduduk menikmati gaya hidup idaman.

Eco Botanic mempunyai kawasan komersial iaitu Eco Bouleavard dengan sebanyak 200 unit kedai dan restaurant seperti FamilyMart, Starbucks, Watsons, dan pelbagai lagi. Ia juga berdekatan dengan Eco Galleria – pusat beli-belah yang sedia untuk disewa oleh pemilik perniagaan. University of Southampton Malaysia (UoSM) merupakan salah satu penyewa utama Eco Galleria ketika ini.Manakala Jaya Grocer bakal dibuka bagi kemudahan harian penduduk sini. Eco Boulevard dan Eco Galleria membolehkan penduduk Eco Botanic menjalani kehidupan sosial mereka sepenuhnya dengan tawaran runcit daripada kecantikan dan kesihatan, makanan dan minuman, fesyen, hiburan, farmaseutikal, dan pendidikan.

Eco Botanic juga dilengkapi sambungan ke lebuh raya utama dan akses mudah ke Lebuhraya Pantai, Lebuhraya Pasir Gudang, dan Lebuhraya Skudai menjadikan perjalanan keluar dan masuk dari Eco Botanic mudah, sekali gus memperluaskan kawasan tadahannya untuk merangkumi Singapura dan Johor Bahru. Untuk tarikan berdekatan, taman tema seperti LEGOLAND dan tempat melepak seperti Puteri Harbour sangat sesuai untuk keluarga meluangkan masa bersama.

Kediaman Sa.Young D’ Eco Botanic ni disediakan kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dan dua tempat parkir. Ia separa berperabot* dengan penyaman udara, mesin basuh serta pengering, dan kabinet dapur bersama hob. Ansuran bulanan bermula daripada RM1,810* dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

Hubungi wakil jualan Sa.Young D’ Eco Botanic untuk maklumat lanjut.

Santai D’ Eco Spring

No Image Caption

Santai D’ Eco Spring yang terletak di Tebrau Corridor, Iskandar Malaysia, merupakan sebuah perbandaran pegangan bebas seluas 614 ekar yang menampilkan produk kediaman dan komersial yang menakjubkan. Ia juga dikelilingi oleh taman yang berwarna-warni, kehijauan yang subur, dan tasik yang bersih.

Perbandaran ini juga mempunyai kawasan komersial seperti Spring Labs, sebuah taman berkonsepkan gaya hidup yang unik, dengan tempat komersial yang indah seperti kafe dan restoran yang sangat estetik.

No Image Caption



No Image Caption

Satu lagi pusat komersial yang menjadi tumpuan di kawasan sekitar Eco Spring ni ialah Eco Palladium, hab yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan F&B, kedai runcit dan perkhidmatan, institusi pendidikan, dan pusat kesihatan.

Satu faedah utama tinggal di Eco Spring ialah kebolehcapaiannya ke lebuhraya utama, termasuk Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Secara keseluruhannya, kebolehcapaian dan kemudahan yang berdekatan menjanjikan kehidupan yang selesa bagi penduduk, untuk ke tempat kerja, sekolah, hospital, dan banyak lagi dalam masa yang singkat.

Santai D’ Eco Spring berkeluasan 950 sehingga 1,037 kaki persegi ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dua tempat parkir. Ia turut disediakan separa berperabot* dengan kelengkapan seperti penyaman udara, mesin basuh serta pengering baju, dan kabinet dapur bersama hob. Ansuran bulanan pula bermula daripada RM1,745*.

Hubungi wakil jualan Santai D’ Eco Spring untuk maklumat lanjut.

Riang D’ Eco Majestic

No Image Caption

Riang D’ Eco Majestic yang terletak di Semenyih, dibina di lokasi yang menakjubkan dan strategik untuk kemudahan penduduk mengakses ke kawasan bandar dan lebuhraya berhampiran seperti LEKAS.

Eco Majestic juga terdapat kawasan komersial – Eco Majestic City yang menyediakan pelbagai pilihan F&B dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk perumahan, seperti McDonalds, US Pizza, Starbucks Reserve, Subway, Guardian, Health Lane, MR DIY, FamilyMart, A&W, Tealive, kafe, restoran, kedai aksesori telefon, klinik haiwan, hotel haiwan, dan lain-lain.

No Image Caption

Eco Majestic menawarkan harga mampu milik dengan unit yang luas, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelbagai golongan.

Dengan kediaman seluas 1,000 kaki persegi, Ansuran bulanan Riang D’ Eco Majestic bermula daripada RM1,700*. Terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dua lot parkir. Dengan kemudahan separa berperabot*, Riang D’ Eco Majestic dilengkapi dengan kipas, lampu, penyaman udara, kabinet dapur berserta hob, mesin basuh serta pengering, dan pemanas air mandi.

Hubungi wakil jualan Riang D’ Eco Majestic untuk maklumat lanjut.

Hana D’ Eco Ardence

No Image Caption

Hana D' Eco Ardence terletak di Setia Alam dengan lokasi strategik yang memudahkan akses ke lebuhraya utama seperti Lebuhraya NKVE, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Persekutuan, dan Lebuhraya Koridor Guthrie untuk penduduk Eco Ardence.

Kawasan komersial Ardence Labs dan Ardence Crest turut disediakan untuk komuniti di Eco Ardence. Ardence Labs menggunakan bekas-bekas kargo yang telah diubahsuai menjadi lot runcit dan F&B yang pesat berkembang, manakala Ardence Crest menawarkan pelbagai kemudahan seperti 99 Speedmart, 7-Eleven, Ardence International Secondary School, kafe, kedai perabot dan banyak lagi.

Hana D’ Eco Ardence merupakan kediaman separa berperabot* dengan keluasan 900 kaki persegi, lengkap dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dan 2 tempat letak kereta. Bagi memudahkan pembelian, ia boleh dimiliki dengan bayaran ansuran yang bermula daripada RM1,728* sebulan. Unit di Hana juga dilengkapi dengan lampu, kipas, penyaman udara, kabinet dapur beserta hob, mesin basuh serta pengering, dan pemanas air mandi.

Hubungi wakil jualan Hana D’ Eco Ardence untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk jalani gaya hidup impian bersama duduk oleh EcoWorld.

Daftar hari ini di www.duduk.my untuk ketahui lebih lanjut dan mula nikmati pengalaman hidup terbaik hari ini!

*Tertaluk kepada terma & syarat