Mohd Hairul tak pulang selepas keluar memancing

Anggota bomba melakukan operasi SAR terhadap seorang lelaki yang hilang ketika memancing di kawasan berhampiran Jeti Air Masin, Kukuh, Pontian pada malam Selasa.
Anggota bomba melakukan operasi SAR terhadap seorang lelaki yang hilang ketika memancing di kawasan berhampiran Jeti Air Masin, Kukuh, Pontian pada malam Selasa.
A
A
A

PONTIAN - Seorang pemuda hilang semasa keluar memancing di kawasan pantai berdekatan Jeti Air Masin, Kukup di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Pegawai Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.39 petang.

Susulan itu seramai 11 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Lelaki berkenaan, Mohd Hairul Khalid yang berusia 36 tahun pergi memancing ikan dari jam 8 pagi semalam dan tidak pulang sejak keluar rumah.

"Pihak bomba membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laluan darat dari Jeti Air Masin ke kawasan kampung nelayan pada jarak 500 meter," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memberitahu, operasi SAR terpaksa dihentikan jam 12 tengah malam Selasa kerana cuaca yang tidak mengizinkan sebelum disambung semula pada pagi Rabu.