Hampir 7,000 tahahan dibebaskan di bawah pengampunan kedua

Majoriti tahanan yang dibebaskan adalah kes berkaitan dadah.
Majoriti tahanan yang dibebaskan adalah kes berkaitan dadah.
A
A
A

YANGON - MYANMAR. Myanmar mula membebaskan tahanan, hari ini selepas Presiden Win Myint mengumumkan beliau akan memberi pengampunan kedua kepada hampir 7,000 individu awal bulan lalu.

Seramai 6,948 tahanan di seluruh negara diberi pengampunan bertujuan untuk 'membawa kegembiraan kepada rakyat Myanmar selain mengambil kira faktor kemanusiaan'.

Difahamkan, lebih banyak kes telah diteliti untuk diberi pengampunan.

Lebih 9,000 tahanan dibebaskan pada 17 April lalu, namun aktivis hak asasi manusia kecewa kerana hanya dua tahanan politik dibebaskan di bawah langkah itu.

"Majoriti dalam senarai itu adalah kes berkaitan dadah," kata jurucakap jabatan penjara, Min Tun Soe.

Selasa lalu, Mahkamah Agung Myanmar menolak rayuan akhir wartawan Reuters, Wa Lone, 33, dan Kyaw Soe Oo, 29, sekali gus mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun yang dikenakan ke atas mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: