Jabatan Audit Negara sertai eConfirm.my

(Dari Kiri) Pengerusi AppAsia Berhad, Datuk Seri Rahadian Mahmud Mohammad Khalil, dan Pengarah Eksekutif Extol Calvert Wong bersama Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Datuk Nor Salwani Muhammad serta Nor Azian Nordin.
(Dari Kiri) Pengerusi AppAsia Berhad, Datuk Seri Rahadian Mahmud Mohammad Khalil, dan Pengarah Eksekutif Extol Calvert Wong bersama Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Datuk Nor Salwani Muhammad serta Nor Azian Nordin.
A
A
A

JABATAN Audit Negara (JAN) memeterai perjanjian kerjasama dengan Extol Corporation Sdn Bhd (Extol) anak syarikat milik AppAsia Berhad (AppAsia) untuk mengambil bahagian dalam eConfirm iaitu platform pengesahan bank elektronik.

Pengerusi AppAsia Berhad, Datuk Seri Rahadian Mahmud Mohammad Khalil berkata, platform pengesahan bank elektronik seluruh industri memudahkan proses untuk juruaudit dan bank seperti yang dikehendaki di bawah Standard Audit Antarabangsa (ISA) 505 Pengesahan Luaran.

“Penyertaan JAN memainkan peranan penting dalam memastikan integriti kewangan dan akauntabiliti kerajaan.

“Kami sangat teruja mereka menyertai platform ini,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Laman sesawang eConfirm.my
Laman sesawang eConfirm.my

Tambah beliau, antara manfaat platform berkenaan adalah memperkemas proses pengesahan audit, pengurangan risiko penipuan dan meningkatkan keselamatan audit kewangan.

Menurutnya, dengan aliran kerja automatik yang cekap dapat membolehkan proses audit dijalankan dengan lebih telus.

“Ia telah memperoleh pengesahan Kawalan Perkhidmatan Organisasi dua (SOC2) dan tiga (SOC3) memberikan semua organisasi dan pengguna yang terlibat yakin terhadap kawalan selia keselamatan teknologi ini.

“Penyertaan mereka dalam eConfirm.my adalah bukti kebolehpercayaan dan kecekapan platform,” katanya.