Montana haramkan TikTok

TikTok - FILEPIC
TikTok - FILEPIC
A
A
A

NEW YORK - Ahli Parlimen di Montana Amerika Syarikat (AS) mengundi pada Jumaat untuk mengharamkan aplikasi media sosial TikTok.

Dengan undian itu, Montana menjadi negeri pertama meluluskan rang undang-undang (RUU) yang mengharamkan aplikasi milik China yang popular di AS itu ekoran kebimbangan mengenai keselamatan data, lapor Agensi Anadolu.

Jika RUU itu ditandatangani oleh Gabenor Greg Gianforte, larangan itu akan berkuat kuasa pada Januari.

AS dan negara lain telah mengehadkan TikTok daripada peranti kerajaan kerana bimbang China boleh mendapat akses kepada data pengguna. - Bernama.