Ketua NTJ disahkan terbunuh

Hashim dipercayai ditemani pengebom kedua yang hanya dikenali sebagai 'Ilham'.
Hashim dipercayai ditemani pengebom kedua yang hanya dikenali sebagai 'Ilham'.
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA. Kerajaan mendedahkan identiti suspek yang dipercayai menjadi dalang utama siri serangan berdarah di Sri Lanka dan mengebom sebuah hotel di Colombo.

"Maklumat diperoleh agensi risikan mendapati Zahran telah terbunuh dalam letupan di Hotel Shangri-La," kata Presiden Maithripala Sirisena merujuk kepada ketua kumpulan militan tempatan, National Thowheeth Jama'ath (NTJ) yang dikenali sebagai Zahran Hashim.

Menurutnya, Hashim yang mengetuai serangan ke atas hotel terkemuka itu turut ditemani pengebom kedua yang hanya dikenali sebagai 'Ilham'.

Jelasnya lagi, maklumat tersebut adalah berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Hashim berusia dalam lingkungan 40-an yang tampil bersama tujuh anggota yang lain dalam rakaman video dikeluarkan Daesh yang mengaku mendalangi serangan itu telah diburu pihak berkuasa selepas NTJ dinamakan sebagai suspek utama. - AFP

Artikel Berkaitan: