Aafiyah dapat sepupu baru

SITI SAERAH. Foto: INSTAGRAM
SITI SAERAH. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENYANYI, Siti Saerah Tarudin selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 12 Disember di Andorra Women & Children Hospital, Serdang.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, adik kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ini memberitahu dia dan anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

"Terputus nyawaku di nyawamu. Hari kedua di Andorra Hospital. Terima kasih pada semua yang mendoakan serta ucapan.

No Image Caption

"Semoga ALLAH membalas kembali kesejahteraan kepada kalian semua. Alhamdulillah saya dan baby sihat. Ada lesung pipit. Bibir ikot ayah dia," tulis beserta tanda pagar sepupu Aafiyah.

Ini merupakan anak keempat buat Sairah, namun yang pertama dengan suaminya iaitu Mohd Sharidan Johari. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu.

Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Artikel Berkaitan: