Bumbung rumah wartawan Sinar Harian diterbangkan ribut

Keadaan ribut di Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2. Gambar kanan: Bumbung pada rumah wartawan Sinar Harian yang tercabut selepas ditiup angin kuat pada Sabtu.
Keadaan ribut di Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2. Gambar kanan: Bumbung pada rumah wartawan Sinar Harian yang tercabut selepas ditiup angin kuat pada Sabtu.
A
A
A

PUCHONG - Rumah sewa diduduki dua wartawan Sinar Harian di Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2 di sini terjejas dalam kejadian ribut pada petang Sabtu.

Ketika kejadian kedua-dua wartawan meja nasional itu tiada di rumah susulan Nurul Huda Husain, 36, berada di kampung manakala Farah Shazwani Ali, 39 sedang bekerja.

Nurul Huda memaklumkan, beliau dihubungi jiran yang memaklumkan bumbung rumah diterbangkan angin sekitar jam 4.30 petang.

"Bumbung tercabut hanya tinggal siling manakala barang dalam rumah dibasahi hujan. Tak pasti barangan elektrik rosak atau tak kerana belum buat pemeriksaan.

"'Walaupun sedih dengan keadaan rumah yang didiami rosak teruk namun saya bersyukur kerana ketika kejadian ribut kuat saya dan rakan tiada di rumah," katanya.

Kerosakan bumbung Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2 susulan ribut pada Sabtu.
Kerosakan bumbung Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2 susulan ribut pada Sabtu.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan beberapa kawasan sekitar Puchong dilanda ribut yang menyebabkan beberapa insiden kereta rosak dihempap pokok tumbang selain turut menjejaskan perniagaan peniaga bazar di Putra Perdana.

Rumah salah seorang jiran Nurul Huda yang terjejas terus akibat ribut pada Sabtu.
Rumah salah seorang jiran Nurul Huda yang terjejas terus akibat ribut pada Sabtu.

Nurul Huda berkata, hampir 20 unit di tingkat empat pangsapuri berkenaan terjejas dalam kejadian itu dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan

"Buat sementara waktu, rumah perlu dikosongkan atas nasihat bomba kerana tidak selamat diduduki.

"Kami akan menumpang di rumah saudara-mara terdekat sementara kerja pembaikan bumbung dijalankan," katanya.