Pencuci pinggan naik Bentley

Wanita tersebut dijemput anaknya dengan kereta mewah Bentley selepas habis waktu kerja. - Foto Agensi
Wanita tersebut dijemput anaknya dengan kereta mewah Bentley selepas habis waktu kerja. - Foto Agensi
A
A
A

CHENGDU - Seorang pencuci pinggan di wilayah Sichuan, China menjadi perhatian selepas rakaman videonya menaiki kereta mewah jenis Bentley tular di media sosial.

Rakaman memaparkan wanita pertengahan usia itu dihantar dan dijemput anak perempuannya di sebuah restoran di Chengdu telah menerima pelbagai reaksi warganet.

Video berkenaan dimuat naik ke laman sosial Weibo pada 1 April lalu.

Menurut laporan Oriental Daily dan China Times, wanita yang enggan dikenali itu sebenarnya seorang hartawan yang merendah diri.

Laporan itu menambah anak perempuan wanita tersebut tidak dapat menghalang keinginan ibunya bekerja sebagai pencuci pinggan.

"Ibu cepat bosan apabila berada di rumah, jadi dia memilih untuk bekerja sebagai pencuci pinggan untuk mengisi masa lapang," katanya. - Agensi