Hantaran tular mengenai KSN, KPPA palsu - JPM

Kenyataan bertarikh 6 April yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri adalah palsu.
Kenyataan bertarikh 6 April yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri adalah palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh pejabat itu mengenai kes salah guna kuasa melibatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

JPM memaklumkan, kenyataan yang tular bertarikh 6 April 2023 di media sosial itu adalah palsu.

"Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini. Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPM pada Khamis.

Dalam pada itu JPM turut meminta orang ramai untuk merujuk akaun media sosial JPM yang rasmi bagi mendapatkan berita sahih.

Pautan tersebut adalah www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/ bagi Facebook; twitter.com/jpmgov_ (Twitter); www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ (Instagram) dan www.tiktok.com/@jpmgov (TikTok).