Ab Rauf mahu Melaka sifar pembangkang

Ab Rauf (tengah) bersama sebahagian pengamal media pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Bersama Media dan Exco di Ames Hotel Ayer Keroh, di sini malam Khamis.
Ab Rauf (tengah) bersama sebahagian pengamal media pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Bersama Media dan Exco di Ames Hotel Ayer Keroh, di sini malam Khamis.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mensasarkan sifar pembangkang di Melaka sebelum Enakmen Anti Lompat Parti diluluskan di negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini 26 kerusi daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka merupakan blok kerajaan termasuk lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya ADUN Barisan Nasional (BN).

"Hanya dua ADUN sahaja merupakan pembangkang di negeri ini. Justeru menjelang sebelum Enakmen Akta Lompat Parti dibentangkan, saya harap negeri Melaka ini sifar pembangkang.

"Saya harap mereka akan bersama kita, kalau itu berjaya, sayalah manusia paling gembira di Melaka," katanya ketika berucap selepas Majlis Berbuka Bersama Media dan Exco di Ames Hotel Ayer Keroh, di sini malam Khamis.

Setakat ini tujuh negeri telah menguatkuasakan undang-undang lompat parti termasuk Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan Sarawak dan Selangor.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sumbangan Tabung Mangsa Gempa Turkey dan Syria Melaka berjumlah RM412,393 kepada Briged Negaraku.