Kerajaan ambil langkah tepat kawal selia vape

Kerajaan mengambil langkah tepat dalam mengawal selia produk vape. (Gambar kecil: Khairil Azizi)
Kerajaan mengambil langkah tepat dalam mengawal selia produk vape. (Gambar kecil: Khairil Azizi)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mengambil langkah tepat dalam mengawal selia produk vape dengan memperkenalkan cukai ke atas produk itu dan mengecualikan e-cecair vape yang mengandungi nikotin sebagai bahan terkawal.

Presiden Malaysian Vapers Alliance (MVA), Khairil Azizi Khairuddin berkata, semua pihak perlu melihat perkara itu secara objektif kerana selama ini, produk vape dengan nikotin boleh didapati secara meluas untuk dijual di Malaysia walaupun terdapat larangan di bawah Akta Racun.

Menurutnya, langkah kerajaan itu bagi membolehkan kawalan ke atas produk vape sementara menunggu rang undang-undang baharu dibentangkan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Mengekalkan e-cecair nikotin di bawah Akta Racun telah terbukti tidak berkesan dan semua pihak harus menyokong kerajaan dalam mengambil langkah untuk mengawal selia produk.