United terima padah tak beli penyerang

Weghorst bukan seorang penyerang yang bagus untuk United.
Weghorst bukan seorang penyerang yang bagus untuk United.
A
A
A

MANCHESTER United mengecewakan Erik ten Hag pada jendela perpindahan Januari dengan tidak menandatangani penyerang, kata bekas pemain pasukan itu, Gary Neville.

Kekalahan kepada Newcastle United pada Ahad menyaksikan United tergelincir ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan berdepan halangan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

Menurut Neville, kegagalan kelab untuk merekrut penyerang baharu pada jendela jendela perpindahan Januari selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo menjadi punca utama masalah mereka.

"Erik ten Hag dikecewakan teruk pada Januari. Temu bual Cristiano Ronaldo dengan Piers Morgan telah dilakukan pada November dan dia sudah pasti berhijrah pada permulaan Piala Dunia.

"Manchester United kemudian mempunyai enam minggu sebelum jendela perpindahan bermula.

"Mereka membuat keputusan untuk tidak memberi Erik ten Hag wang itu kerana mereka tidak mendapat wang. Mereka membuat keputusan untuk memberitahunya dia perlu membawa seseorang secara pinjaman.

"Siapa yang akan meminjamkan Manchester United penyerang bertaraf dunia pada Januari? Tiada siapa yang akan melakukannya.

"Saya tidak menyalahkan Wout Weghorst sama sekali. Dia telah melakukan kerja yang sangat baik. Namun. dia jelas tidak cukup bagus untuk menjadi penyerang Manchester United. Tetapi mereka memerlukan sokongan pada Januari.

"Mereka kehilangan khidmat Ronaldo, mereka kehilangan Edinson Cavani pada musim panas, dan Anthony Martial cedera. Anda tidak boleh bermain tanpa penyerang tengah," katanya.