Pemain Chelsea sedih Potter dipecat

Potter (kanan) dipecat oleh Chelsea pada Isnin.
Potter (kanan) dipecat oleh Chelsea pada Isnin.
A
A
A

PENGENDALI sementara Chelsea, Bruno Saltor berkata, pemain sedih selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu memecat Graham Potter.

Potter dipecat pada Isnin selepas kekalahan 0-2 di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad lalu.

Chelsea yang berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari hanya meraih 10 kemenangan daripada 28 perlawanan liga musim ini dan berada di tangga ke-11 dalam carta, 12 mata di luar kelompok empat teratas.

Julian Nagelsmann, yang dipecat sebagai pengendali Bayern Munich bulan lalu, adalah pilihan untuk menjadi bos Chelsea yang seterusnya.

Bruno memberitahu, pemecatan Potter menjadi sangat sukar pada setiap peringkat, terutamanya membabitkan emosi pemain dan staf pasukan.

"Saya berada di sini sekarang untuk cuba meneruskan proses dan kami hanya cuba bekerjasama sebaik mungkin dan saya fikir Graham melakukan kerja yang menakjubkan.

"Bola sepak adalah perniagaan yang sangat kompleks dan kami perlu meneruskannya," katanya.