TFC dituntut kutip tiga mata berdepan Kelantan FC

FOTO: FACEBOOK Terengganu FC
FOTO: FACEBOOK Terengganu FC
A
A
A

SKUAD Penyu dituntut mengekalkan rentak kemenangan sebelum ini ketika turun melayan kunjungan Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berkata, pemain perlu bekerja keras dan mengelak kesilapan mudah bagi memastikan skuad tuan rumah pulang dengan tiga mata.

“Selepas kemenangan Jumaat lalu, kami segera melihat kepada lawan seterusnya iaitu Kelantan.

“Saya harap pemain dapat mengekalkan momentum dan buat terbaik untuk mengutip tiga mata berdepan Kelantan FC,” katanya pada pemberita di Gong Badak.

Sementara itu, tonggak import skuad Penyu, Jordan Mintah berharap dapat pulih daripada kecederaan dan kekal beraksi pada perlawanan menentang The Red Warriors (TRW).

Mintah mengakui bersemangat untuk membantu TFC mencipta kemenangan selepas meledak gol pertamanya musim ini ketika menentang Kelantan United FC pada Jumaat lalu.

“Saya sentiasa bekerja keras dan memberikan 100 peratus kepada pasukan.

“Sudah tentu saya gembira dapat menjaringkan gol pertama saya minggu lepas. Tapi tidak kira sesiapapun yang menjaringkan gol...yang penting adalah kemenangan pasukan,” ujarnya.