Bekas peninju Ken Buchanan meninggal dunia di usia 77 tahun

Buchanan (kiri) dan Mike Tyson di Glasgow pada 23 Jun 2000. - Foto fail AFP
Buchanan (kiri) dan Mike Tyson di Glasgow pada 23 Jun 2000. - Foto fail AFP
A
A
A

LONDON - Peninju Scotland Ken Buchanan, iaitu bekas juara lightweight meninggal dunia pada usia 77 tahun, menurut yayasannya pada Sabtu.

"Dengan penuh takzim kami memaklumkan kepada anda bahawa Ken Buchanan meninggal dunia dalam tidur pagi ini," lapor Anadolu Agency memetik yayasan itu.

Petinju itu memenangi 33 pertarungan pertamanya dan dinobatkan juara kategori lightweight World Boxing Association (WBA) pada 1970.

"Ken seorang yang budiman dan antara juara terbaik yang pernah kami lihat," menurut catatan yayasan itu di Facebook.

Buchanan, dilahirkan di Edinburgh dan kali terakhir bertarung pada 1982, menamatkan kerjayanya dengan rekod 61 - 8.

Peninju itu sebelum ini disahkan menghidap demensia. - Bernama/ Anadolu