Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pelabur China

Anwar (tengah) menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur China berprofil tinggi. - Foto Bernama
Anwar (tengah) menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur China berprofil tinggi. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari terakhir lawatan rasminya ke China dengan menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur China berprofil tinggi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira sejam itu dihadiri kira-kira 50 pelabur dan pemimpin industri dari pelbagai sektor termasuk teknologi peringkat tinggi, ekonomi digital dan pertanian.

Anwar menyifatkan perbincangan tersebut sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini dan bermakna.

"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Tidak pernah dalam beberapa tahun ini terdapat begitu ramai pemimpin industri terkemuka berhimpun bersama.

"Ini adalah permulaan baharu bagi Malaysia. Saya gembira,” katanya.

Perdana Menteri kini menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 dan akan menyampaikan ucaptama pada forum itu.

Beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani sekurang-kurangnya 20 Memorandum Persefahaman antara perniagaan Malaysia dan China lewat hari ini. - Bernama