11 maut, 10 cedera dalam insiden rempuhan di Pakistan

Ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia tidak dapat menahan kesedihan di sebuah hospital di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP
Ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia tidak dapat menahan kesedihan di sebuah hospital di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 11 maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Karachi, selatan Pakistan pada Jumaat, kata polis dan pegawai penyelamat.

Kejadian berlaku ketika ratusan orang berkumpul di tempat yang sesak di luar sebuah kilang persendirian untuk mendapatkan sumbangan Ramadan, di kawasan SITE di Karachi, kata pegawai polis SITE Superintendan Muhammad Mughees Hashmi kepada Xinhua.

Pegawai polis dan anggota media berdiri di lokasi rempuhan yang berlaku semasa agihan sedekah Ramadan kepada mereka yang memerlukan di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP
Pegawai polis dan anggota media berdiri di lokasi rempuhan yang berlaku semasa agihan sedekah Ramadan kepada mereka yang memerlukan di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP

Beliau berkata, pemilik kilang mengagihkan bantuan itu tanpa medapatkan kebenaran daripada pentadbiran tempatan terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya enam orang termasuk pengurus kilang telah ditahan, katanya.

Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kejadian rempuhan di Karachi, ketika agihan sedekah Ramadan kepada mereka yang memerlukan di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kejadian rempuhan di Karachi, ketika agihan sedekah Ramadan kepada mereka yang memerlukan di Karachi pada Jumaat. - Foto AFP

Siasatan telah dijalankan berhubung kejadian itu. Jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera dilaporkan kritikal, menurut sumber hospital. - Bernama-Xinhua