redONE jenama pasca bayar mudah alih pilihan untuk semua golongan

A
A
A

Farid (tiga dari kanan) bersama kakitangan redONE menunjukkan salah satu pelan yang ditawarkan oleh syarikat itu.
Farid (tiga dari kanan) bersama kakitangan redONE menunjukkan salah satu pelan yang ditawarkan oleh syarikat itu.

SHAH ALAM - redONE Network merupakan Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan pasca bayar mudah alih menggunakan infrastruktur 4G LTE terluas.

Ditubuhkan pada tahun 2012, matlamat redONE adalah untuk menawarkan pakej panggilan suara dan data pada harga paling berpatutan.

Misi dan visi redONE adalah untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada semua golongan masyarakat, termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

Syarikat itu akan sentiasa berpegang kepada prinsip ‘back to basics’ (kembali kepada asas) agar semua lapisan masyarakat mampu menggunakan perkhidmatan telekomunikasi dengan mudah.

Tiada pengendali perkhidmatan telekomunikasi yang berani menawarkan pelan pasca bayar serendah RM8 sebulan.

Mengambil inisiatif itu, redONE tampil memperkenalkan pelan pasca bayar Amazing8 yang menawarkan panggilan suara tanpa had ke rangkaian redONE hanya dengan harga RM8.

Pelanggan juga boleh memilih pelan data tanpa had berkelajuan tinggi serta panggilan suara seperti Postpaid Hybrid50.

“Jual (pelan) suara dan data adalah komoditi, tiada perbezaan dengan operator perkhidmatan telekomunikasi lain, maka ia bergantung kepada harga yang ditawarkan sahaja.

“Jadi, bermula dua tiga tahun lepas kami juga telah mula memasarkan produk lain (yang) bukan berkait dengan telekomunikasi (seperti) kad kredit, insurans, wasiat dan sebagainya.

“Selain itu kami juga memperoleh lesen peminjam wang di bawah KPKT (Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan) dan menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada ejen redONE,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus kepada Sinar Harian.

Perkhidmatan pinjaman wang

Farid (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.
Farid (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.



Seiring perkembangan teknologi dan ekonomi semasa, redONE dengan berani melangkah ke hadapan dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada pelanggan mereka.

Jelas Farid, redONE kini memiliki lesen peminjam wang secara dalam talian sekali gus membolehkan syarikat itu menawarkan pinjaman kepada pelanggan sehingga RM5,000.

“Kami menawarkan pinjaman ‘micro finance’ kepada lebih 1.2 juta pelanggan redONE bermula Februari tahun ini.

“Sebelum ini kami tawarkan kepada ejen yang ingin mengembangkan perniagaan redONE, namun kini kami memberi peluang kepada pelanggan pula untuk membuat pinjaman kewangan.

“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi, kami bersedia mengambil risiko kerana kami ada data peribadi mereka selain boleh lakukan ‘credit scoring’ berdasarkan maklumat itu,” katanya.

Jelasnya, syarikat itu telah memberi pinjaman sebanyak RM20 juta kepada ejen-ejen redONE bagi memudahkan mereka mengembangkan perniagaan sejak 2020.

Perkhidmatan ini disasarkan kepada 500,000 pelanggan yang menggunakan aplikasi dalam talian redONE sekali gus memberi maklumat mengenai perkhidmatan pinjaman berkenaan.

Beri pilihan kepada pengguna

redONE menawarkan pelbagai jenis pelan tanpa kontrak serta lebih praktikal dan bersesuaian dengan pengguna menerusi data muda alih dan panggilan suara.

Selain itu mereka turut menyediakan platform e-dagang iaitu redMALL yang menawarkan pelbagai produk seperti telefon mudah alih, gajet, perkakas rumah, produk kewangan dan lain-lain pada harga lebih murah dari pasaran.

FARID
FARID

Turut ditawarkan, produk perlindungan insurans antaranya perlindungan kenderaan, pelan jaminan lanjutan kereta serta pelan takaful untuk penunggang motosikal redCARE.

Perkhidmatan kad kredit redCARD pula disediakan kepada pelanggan dengan tawaran pelbagai ganjaran hebat khusus kepada pemegang kad berkenaan.

Ketika dunia terkesan dengan pandemik, redONE mampu mengukuhkan jenama dengan menembusi pasaran Singapura pada 2019 sebelum ke Thailand pada tahun berikutnya.

Kata Farid, langkah berani itu dilakukan bagi memastikan jenama berkenaan kekal relevan dalam persaingan industri telekomunikasi yang semakin mencabar terutama di negara ini.

“Kami sentiasa berusaha mencari peluang untuk berkembang ke rantau ASEAN pada masa akan datang kerana landskap telekomunikasi di Malaysia sangat berdaya saing.

“Jadi untuk kekal (dalam pasaran) berpandukan visi redONE, kami tidak hanya menyediakan perkhidmatan pasca bayar, tetapi meneroka bidang berlainan,” katanya.

Mengenai sasaran redONE di pasaran Malaysia, Singapura dan Thailand, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu kini melihat kepada 10 peratus bahagian pasaran pasca bayar bagi ketiga-tiga negara.

Pengiktirafan

redONE telah dinobatkan sebagai pembekal perkhidmatan Terbaik MVNO selama tiga tahun berturut-turut bermula 2014, 2015 dan 2016 oleh Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards.

Jenama telekomunikasi itu juga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi pelan pasca bayar mudah alih terendah oleh syarikat telekomunikasi.

redONE turut dinobatkan Anugerah Jenama dan Pemasaran Terbaik SOBA The Star pada 2020 dan Anugerah Inisiatif Digital Terbaik Telekom Asia pada 2022 dan terbaharu menerima Anugerah Penggerak Usahawan Telekomunikasi 2023 oleh Bisnes Sinar Harian Awards (BISA).

Kesemua pengiktirafan itu membuktikan kerja keras, dedikasi serta komitmen redONE sebagai usaha memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan.

PROFIL

Nama syarikat: redONE Network Sdn Bhd

Produk:

Pelan pasca bayar - Hybrid50

Amazing58

Amazing38

Amazing8

Pelan pra bayar

Tawaran: Kepelbagaian perkhidmatan pasca bayar dan prabayar

Hubung kami:

www.redone.com.my

redmall.com.my

redcare.redone.com.my

Facebook: redONEMobile/

Instagram: redonenetwork

Twitter: redONEnetwork