Bank Rakyat sumbang 540 pek juadah berbuka

Nizam Sani (tengah) menyerahkan pek juadah berbuka puasa Bank Rakyat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin di lobi Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM – Bank Rakyat hari ini menyumbang 540 pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Sinar Harian.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pek juadah berbuka puasa itu merupakan inisiatif Bank Rakyat dalam menghargai media yang selama ini menyokong program dan kempen Bank Rakyat.

Menurutnya, ini merupakan tahun ke-9 program berkenaan diadakan yang turut melibatkan agensi-agensi media yang lain.

“Penganjuran program ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha institusi kewangan dalam merapatkan hubungan dengan pengamal media,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Turut hadir Naib Presiden, Komunikasi dan CSR Bank Rakyat, Nizam Abu Samah.

Nizam (enam kiri) bersama kakitangan Bank Rakyat yang hadir merakamkan gambar kenangan selepas menyerahkan pek juadah berbuka puasa di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Nizam berkata, sebanyak 3,500 pek juadah berbuka puasa telah disumbangkan melibat 20 agensi media di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Simbolik penerimaan sumbangan pek juadah berbuka berkenaan telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin

Mengulas lanjut program tanggungjawab sosial (CSR) korporat Bank Rakyat tahun ini, Nizam berkata, program kolaborasi dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah berjaya mengagihkan bantuan kepada 4,000 penerima di seluruh negara.

“Inisiatif ini sudah masuk tahun kedua dan ia dilihat dapat membantu golongan yang memerlukan terutama asnaf menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya.