[VIDEO] Sanusi dilarang hadir majlis kerajaan Persekutuan

Status Facebook milik Muhammad Sanusi yang dimuat naik mengenai larangan terbabit.
Status Facebook milik Muhammad Sanusi yang dimuat naik mengenai larangan terbabit.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor mendakwa beliau dilarang menghadiri sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, Muhammad Sanusi juga dilarang untuk hadir di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

"Apa boleh buat. Kalau awak panaih (panas), janganlah pula koyak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Rabu.

Difahamkan, ia keputusan terbaharu Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dengan lebih lanjut mengenai larangan terbabit setakat ini.