Seorang maut, 19 cedera letupan lombong di Myanmar

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

YANGON - Seorang maut manakala 19 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah lombong di wilayah Sagaing, barat Myanmar pada Selasa, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar 9.30 pagi waktu tempatan berhampiran terminal bas bandar Shwebo di wilayah Sagaing, lapor Xinhua.

Mangsa yang cedera termasuk 11 lelaki, dua kanak-kanak dan lapan wanita.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital Shwebo, dan sebahagian daripada mereka kemudian dipindahkan ke hospital Mandalay, menurut Pertubuhan Penyelamat Myanmar-Shwebo.

Kejadian serupa turut berlaku di Myingyan wilayah Mandalay dan Tamwe di wilayah Yangon pada Selasa, kata seorang pegawai polis. - Bernama-Xinhua