SkyWorld bina rumah mampu milik berkualiti untuk rakyat

Demonstrasi pengesanan kecacatan kepada Kor Ming di Pusat Kualiti SkyWorld.
Demonstrasi pengesanan kecacatan kepada Kor Ming di Pusat Kualiti SkyWorld.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memuji tindakan pemaju perbandaran terkemuka, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) atas usahanya membina rumah mampu milik yang mampan dan berkualiti.

Menurut beliau, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa mencari penyelesaian untuk menyediakan rumah mampu milik yang boleh didiami, mudah diakses dengan mempunyai ketersambungan dan komuniti yang baik.

“Adalah baik untuk melihat bahawa SkyWorld komited terhadap kemampanan dan menggunakan teknologi serta bahan yang inovatif dalam pembangunannya.

“Pusat Kualiti SkyWorld menunjukkan dedikasi mereka untuk memastikan rumah yang dibina mengikut standard tertinggi. Saya memuji SkyWorld atas usaha dan komitmen mereka untuk membina rumah mampu milik dan berkualiti untuk rakyat Malaysia,” katanya semasa membuat lawatan tapak ke pusat kualiti syarikat.

Semasa lawatan, taklimat turut diberikan yang mana SkyWorld berkongsi visi syarikat untuk pertumbuhan bandar yang mampan dan mempamerkan pendekatan inovatif mereka terhadap perancangan bandar.

Menurut Skyworld, taklimat itu memberi peluang kepada syarikatnya untuk bekerjasama dengan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi membincangkan keutamaan pembangunan bandar di Malaysia.

Kor Ming melihat penghantaran bungkusan di lokar bungkusan pintar di SkyAwani 3 Residences.
Kor Ming melihat penghantaran bungkusan di lokar bungkusan pintar di SkyAwani 3 Residences.

Menteri dan delegasinya turut diberi lawatan berpandu ke SkyAwani 3 Residences di Setapak, Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian daripada siri Awani SkyWorld yang menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia di bawah program Residensi Wilayah.

Pusat Kualiti SkyWorld merupakan yang pertama di Malaysia bertindak sebagai penanda aras kualiti untuk semua pembangunan SkyWorld dan mempamerkan mutu kerja yang perlu dipatuhi atau tidak dipatuhi.

Tambah kenyataan, pusat itu membuktikan komitmen SkyWorld terhadap piawaian Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Malaysia.

SkyAwani 3 Residences direka untuk menyediakan ruang kediaman yang selesa dan praktikal bagi keluarga dan menawarkan lebih 20 kemudahan rekreasi lengkap yang menggalakkan gaya hidup sihat untuk penduduk seperti kolam renang, gimnasium, jakuzi, gelanggang bola keranjang, taman tergantung, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak.

Menurut kenyataan, semua unit berharga RM300,000 dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, lawatan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu adalah bukti komitmen Skyworld untuk menyediakan rumah berkualiti tinggi dan mampan kepada rakyat Malaysia.

“Kami akan terus berinovasi dan terus mereka bentuk serta mempromosikan perkara berkaitan kemampanan untuk menyediakan pelanggan kami rumah yang terbaik,” ujarnya.