MBSJ tawar kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

MBSJ berkongsi infografik mengenai kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri ini menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
MBSJ berkongsi infografik mengenai kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri ini menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

MBSJ dalam kenyataannya memaklumkan, permohonan kutipan sampah pukal itu boleh dibuat terus melalui KDEB Waste Management (KDEBWM) bermula 3 hingga 10 April depan.

Menurut kenyataan itu, kategori sampah pukal yang dibenarkan seperti tilam dan perabot lama, tetapi tidak termasuk sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik dan barangan kitar semula.

"Penduduk boleh menghubungi KDEBWM di talian 03-80814437 atau WhatsApp (011-35584437).

"KDEBWM akan menghubungi pemohon untuk menetapkan tarikh kutipan sampah pukal berkenaan," kata kenyataan itu di Facebook pada Isnin.

Ujar kenyataan itu, pemohon yang telah mendapatkan tarikh kutipan dikehendaki meletakkan sampah pukal di hadapan rumah.

"KDEBWM akan melaksanakan kutipan sampah pukal mengikut maklumat yang diterima daripada pemohon," jelas kenyataan itu.