Lapan pendaki terkandas di Gunung Liang selamat

Semua mangsa berjaya di bawa turun dalam keadaan selamat pada jam 9.35 malam. - Foto JBPM Perak
Semua mangsa berjaya di bawa turun dalam keadaan selamat pada jam 9.35 malam. - Foto JBPM Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan lapan pendaki daripada terkandas di Gunung Liang pada Sabtu.

Kesemua mangsa dilaporkan tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim pda jam 5.35 petang.

Lapan pendaki yang terkandas berjaya di bawa turun dengan bantuan anggota bomba dalam kejadian pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
Lapan pendaki yang terkandas berjaya di bawa turun dengan bantuan anggota bomba dalam kejadian pada Sabtu. - Foto JBPM Perak

Ketua Operasi, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari berkata, hujan kebat berterusan menyebabkan laluan turun yang merintangi sungai telah dinaiki air.

"Mangsa berjaya di bawa turun pada jam 9.35 malam dan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Slim Village.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10 malam," katanya.