Solat Jumaat di Al-Aqsa hari pertama Ramadan

Puluhan ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa. - AFP
Puluhan ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa. - AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Ribuan jemaah Palestin menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa, kali pertama dalam bulan Ramadan, menurut wartawan AFP ketika ketegangan kian kemuncak di rantau tersebut.

Pihak berkuasa berkata, aktiviti solat di tapak suci ketika umat Islam berlangsung dengan aman walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan konflik Israel dan Palestin.

Pekarangan masjid di Kota Lama di timur Baitulmaqdis yang dijajah Israel telah menyaksikan pertempuran dan keganasan antara penduduk Palestin dan rejim zionis terutamanya Ramadan.

Ketua Majlis Hal Ehwal Islam Wakaf Jordan, Azzam al-Khatib yang mentadbir pekarangan itu memberitahu AFP bahawa solat berlangsung dengan aman dan semuanya berjalan lancar.

Pegawai Israel menganggarkan lebih 80,000 jemaah manakala Wakaf berkata terdapat lebih 100,000 jemaah menghadiri solat Asar.

Polis Israel berkata, pihaknya mengerahkan 2,300 pegawai di seluruh bandar mengawal pekarangan pada hari tersebut.

Orang ramai bertali arus memasuki pintu masuk Bab al-Silsilah ke pekarangan masjid dengan sejadah di tangan dan wartawan AFP melaporkan orang ramai bergambar di hadapan kubah emas ikonik Masjid Kubah Batu.

Masjid Al-Aqsa dikatakan dibina atas tempat suci Yahudi yang digelar Temple Mount.

Seorang jurugambar AFP melihat seorang lelaki bertopeng mengibarkan bendera saya gerakan Islam Hamas, Briged Al-Qasam, manakala sepanduk dibentangkan di salah satu tembok di kawasan sama. - AFP