Bintang siri 'Ultraman' Jiro Dan meninggal dunia

Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun. - Foto Twitter/@UkiyaSeed
Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun. - Foto Twitter/@UkiyaSeed
A
A
A

PELAKON Jepun yang membintangi siri popular 70-an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor Yahoo News.

Beliau yang memainkan watak utama sebagai Hideki Go yang juga Ultraman Jack dalam siri tersebut, meninggal dunia pada 22 Mac lalu pada 4.14 petang waktu tempatan akibat kanser paru-paru.

Berita tentang pemergian Dan atau nama sebenarnya, Hideo Murata, telah didedahkan oleh pelakon Ryu Manatsu, yang terkenal dengan watak Gen Ohtori dalam Ultraman Leo menerusi laman Twitternya pada Jumaat.

Selain siri tersebut, Dan turut membuat penampilan dalam beberapa siri francais Ultraman, termasuk Super Sentai, di mana kemunculan terakhirnya ialah dalam siri Kishiryu Sentai Ryusoulger. - Awani