Tuchel jurulatih baharu Bayern

Tuchel. Foto: AFP
Tuchel. Foto: AFP
A
A
A

BAYERN Munich telah melantik bekas jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel sebagai pengendali baharu pasukan itu selepas memecat Julian Nagelsmann pada Jumaat.

Bayern telah menandatangani Nagelsmann untuk tempoh lima tahun, namun dia dipecat selepas dua tahun juara Bundesliga itu sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga.

Bayern berkata, Tuchel akan diberikan kontrak sehingga Jun 2025 dan akan mengendalikan sesi latihan buat kali pertama, Isnin ini.

Pengerusi Bayern, Oliver Kahn berkata: "Secara peribadi dan mewakili FC Bayern, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Julian dan barisan kejurulatihannya, semoga maju jaya.

Tuchel sebelum ini pernah menjadi sasaran Bayern selepas dipecat oleh Chelsea pada September tahun lalu.

Perlawanan pertama Tuchel bersama Bayern pada 1 April iaitu bertemu Borussia Dortmund, kelab yang pernah dipimpin Tuchel dari 2015-2017.

Walaupun Bayern menewaskan PSG pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, gergasi Jerman itu kemudiannya mengalami tamparan hebat apabila tewas 1-2 ketika menentang Bayer Leverkusen, Isnin lalu.