Kelab malam mohon maaf susulan kontroversi Thai Hot Guy

Kelab malam Privacy Tun Razak memohon maaf atas kontroversi yang timbul susulan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Kelab malam Privacy Tun Razak memohon maaf atas kontroversi yang timbul susulan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kelab malam Privacy Tun Razak memohon maaf atas kontroversi yang timbul susulan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.

Kelab itu dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pihaknya telah membatalkan program berkenaan bagi menghormati sensitiviti kaum dan agama.

"Kami memohon maaf dan ingin memaklumkan bahawa program yang akan menampilkan 'Thai Hot Guy' pada hari pembukaan pada 30 Mac telah dibatalkan.

"Privacy Tun Razak menghormati sensitiviti agama negara ini dan tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

"Segala edaran media berkenaan program ini adalah tanpa persetujuan kami, sekali gus memohon maaf atas kesilapan yang berlaku," menurut kenyataan itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penganjur aktiviti hiburan 'Thai Hot Guy' telah membuat keputusan untuk membatalkannya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan membatalkan program berkenaan dicapai dalam pertemuan antara penganjur dan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, petang tadi.

Keputusan itu dibuat susulan pelbagai kecaman dan reaksi yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.