Puteri Sarah mohon hak jagaan anak

Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah pada jam 10.59 pagi Rabu.
Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah pada jam 10.59 pagi Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Puteri Sarah akan memfailkan Hadanah iaitu hak jagaan dua anaknya di Kompleks Mahkamah Syariah di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, yang tiba di mahkamah pada jam 10.59 pagi, belum mendedahkan maklumat terperinci mengenai permohonan itu.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie selaku plaintif, memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pada Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.