UMNO Melaka akan distruktur semula

Ab Rauf
Ab Rauf
A
A
A

ALOR GAJAH - UMNO Melaka akan menyusun semula penstrukturan parti itu di peringkat negeri bagi memastikan individu yang menang pada pemilihan UMNO Sabtu lalu, terus disokong jentera di peringkat akar umbi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perubahan yang akan dilakukan itu penting supaya kemenangan dapat diperoleh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun menurutnya, keputusan penstrukturan semula itu akan dibuat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan senarai baharu parti tersebut.

"Saya menunggu keputusan presiden mengenai susun atur kedudukan jentera UMNO negeri."Untuk diperhalusi dan diperbaiki bagi menghadapi PRU akan datang," katanya ketika ditemui pemberita di Gadek di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, berkata, mereka yang tewas harus menyokong kepimpinan baharu yang bertanding dalam semangat kekeluargaan.

"Ini adalah untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya," katanya lagi.

Pemilihan Sabtu lalu menyaksikan tiga penyandang ketua UMNO bahagian di negeri ini iaitu Bahagian Tangga Batu, Bahagian Jasin dan Bahagian Alor Gajah gagal mempertahankan jawatan yang disandang sebelum ini.

Ia sekali gus memberi kemenangan kepada calon yang pertama kali bertanding jawatan itu dan juga merupakan calon muda.Ends#