19 maut nahas bas di Bangladesh

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran bas yang terjunam dalam parit di Bangladesh. - AFP
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran bas yang terjunam dalam parit di Bangladesh. - AFP
A
A
A

DHAKA - Sebuah bas yang dipercayai dipandu laju dan tergelincir sebelum terjunam dalam parit di lebuh raya utama di bandar Shibchar telah mengorbankan 19 orang manakala puluhan lagi cedera.

Pegawai polis di daerah Shibchar, Anowar Hossain berkata, jumlah kematian mungkin meningkat dan penumpang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, bas membawa 40 penumpang terjatuh dalam parit sedalam sembilan meter selepas melanggar pagar lebuh raya jambatan Sungai Padma yang baharu dibina.

"Pemandu bas tersebut antara yang maut dan kejadian dipercayai berpunca daripada tayar pecah," katanya.

Kemalangan jalan raya sering terjadi di Bangladesh di mana pemandu dikatakan memandu dalam keadaan melulu, kenderaan lama dan peraturan keselamatan yang lemah telah mengorbankan ribuan orang setiap tahun. - AFP