Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100M di Australia

Khairul Hafiz meraih emas dengan catatan masa 10.34 saat pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.
Khairul Hafiz meraih emas dengan catatan masa 10.34 saat pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.
A
A
A

SKUAD pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.

Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim yang berkongsi kejayaan itu berkata, atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, menemui rentak lariannya apabila meraih emas dengan catatan masa 10.34 saat (s) sekali gus melakar catatan masa terbaik peribadinya musim ini.

Beliau berkata, Muhammad Haiqal Hanafi meraih tempat kedua (10.41s) diikuti Jonathan Nyepa (10.43s) dan Muhammad Zulfiqar Ismail (10.48s) masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Khairul Hafiz ketika dihubungi hari ini memaklumkan, pencapaian yang diraihnya itu merupakan tonik terbaik buatnya menjelang temasya Sukan SEA, Kemboja.