Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya

Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya.
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya.
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya.

Baginda turut berkenan melepaskan beberapa ekor kucing dari sangkar sebagai simbolik pelancaran serta turut meluangkan masa melawat sekitar taman dan bermain dengan haiwan berkenaan.

Mengiringi baginda, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Tengku Permaisuri turut berkenan melepaskan beberapa ekor kucing dari sangkar sebagai simbolik pelancaran serta turut meluangkan masa melawat sekitar taman
Tengku Permaisuri turut berkenan melepaskan beberapa ekor kucing dari sangkar sebagai simbolik pelancaran serta turut meluangkan masa melawat sekitar taman

Royal Selangor Office menerusi Facebook rasminya memaklumkan, baginda berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat taman kucing seluas 1,000 kaki persegi itu dan bermain bersama kucing di taman itu.

Menurut kenyataan, Taman Kucing Cyberjaya dibina bertujuan memberi perlindungan kepada kucing terbiar di sekitar Sepang bagi memastikan ia terpelihara dan tidak berkeliaran tanpa hala tuju.

"Taman ini dilengkapi dengan sebuah pejabat, ruang istirehat, klinik termasuk unit rawatan rapi, unit pemulihan dan unit rawatan ibu dan anak kucing.

"Turut diperkenalkan di taman ini adalah program 'adopt and release' iaitu menyediakan tempat tinggal dengan persekitaran sesuai dan terkawal serta bebas bermain di sekitar taman ini," katanya.

Tambahnya, taman kucing tersebut siap sepenuhnya pada Januari 2023 serta dibuka kepada umum awal Februari lalu dengan jumlah peliharaan 31 ekor kucing.