Tujuh gol di Stadium Likas

Ketua pasukan Sabah FC Park Taesu (tiga, kanan) meraikan jaringannya bersama pemain Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam tadi. Foto Bernama
Ketua pasukan Sabah FC Park Taesu (tiga, kanan) meraikan jaringannya bersama pemain Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam tadi. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SABAH FC meneruskan momentum positif saingan Liga Super di laman sendiri apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas membelasah Penang FC, 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Gol skuad The Rhinos dalam perlawanan itu dijaringkan penyerang import dari Korea Selatan, Park Taesu minit ke-3 dan minit 60, penalti Darren Lok pada minit ke-45, Daniel Ting (m-55) dan penalti Rizal Ghazali (m-102).

Harimau Kumbang kendalian Chong Yee Fatt pula mengurangkan defisit hasil jaringan penyerangnya, Hassan Saad pada minit kelapan diikuti penalti Adriano Narcizo di minit ke-91.

Keputusan itu menyaksikan Sabah kini menduduki tangga kedua liga dengan 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan dua mata kurang dari penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu, Penang FC pula kini berada di tangga ke-13 daripada 14 pasukan dengan dua mata selepas mengharungi lima perlawanan - dua seri, tiga tewas.

Perlawanan liga seterusnya, Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri berdepan JDT manakala Penang bakal berdepan Perak FC di Stadium Bandaraya, pada 31 Mac.