Rasai pengalaman suasana membeli belah Morocco di Melawati Mall

Majlis pelancaran kempen 'Kilauan Raya Al-Maghribi' di Melawati Mall pada Khamis.
Majlis pelancaran kempen 'Kilauan Raya Al-Maghribi' di Melawati Mall pada Khamis.
A
A
A

PENGUNJUNG bakal merasai pengalaman beraya seperti membeli-belah di kota Morocco untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila mengunjungi pusat beli-belah Melawati di sini.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Melawati Mall, Anson Tan berkata, pihaknya menganjurkan kempen terbaharu iaitu 'Kilauan Raya Al-Maghribi' yang akan berlangsung pada 17 Mac hingga 1 Mei 2023.

Katanya, pusat beli-belah itu akan dihiasi dengan elemen Morocco termasuk reka bentuk bangunan, replika unta serta kesenian dari negara tersebut.

"Kami ada membuat kajian dan suasananya benar-benar seperti di Morocco. Saya percaya orang ramai akan dapat merasainya apabila berkunjung ke sini dan sesuai jika mahu ambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial.

"Mereka tidak seharusnya melepaskan peluang dengan tawaran antaranya memenangi pelbagai hadiah lumayan yang bernilai RM10,000. Pengunjung hanya perlu menjadi ahli dan berbelanja RM300 untuk merebut hadiah tersebut," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, Melawati Mall adalah tempat yang sesuai untuk orang ramai mencari barang keperluan Hari Raya seperti baju dan kuih memandangkan terdapat banyak pilihan serta tawaran hebat bakal mereka nikmati.

"Tidak perlu ke tempat lain, hanya membeli-belah di sini, semua ada untuk seisi keluarga. Mereka juga berpeluang menikmati pelbagai persembahan dan bengkel raya sepanjang kempen.

"Saya menjangkan lebih satu juta pengunjung akan hadir ke Melawati Mall dalam tempoh kempen ini," ujarnya.

Anson Tan
Anson Tan



Anson turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi dan penaja seperti Chizu, Parfum and Beaute, Jovian dan sebagainya.

"Terima kasih diatas sumbangan yang tidak ternilai ke arah kejayaan kami.

"Kami menghargai sokongan mereka dan berharap kerjasama ini akan berterusan," jelasnya.