Malaysia-Rusia bincang kerjasama pertahanan

Mohamad dalam rangka lawatan kerja ke Moscow, Rusia bermula 22 hingga 25 April.
Mohamad dalam rangka lawatan kerja ke Moscow, Rusia bermula 22 hingga 25 April.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengadakan perbincangan kerjasama pertahanan khususnya berkaitan aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan dengan Rusia.

Perbincangan itu diadakan sempena lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke Moscow, Rusia selama empat hari bermula 22 hingga 25 April.

Menerusi kenyataan rasmi kementerian, pertemuan Mohamad bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia, Jeneral Sergei Shoigu itu sebagai platform penting bagi menjelaskan komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara.

Dalam kunjungan rasmi tersebut, Mohamad mengadakan pertemuan bersama pihak syarikat Rostec Corporation dan Irkut Corporation selain membuat lawatan ke syarikat industri pertahanan lain di Rusia.

Delegasi Malaysia turut disertai Panglima Tentera Udara (TUDM), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang; Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mat Dris Yaacob; Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan.

Artikel Berkaitan: